Friday, April 17, 2009

Karangan saya bertajuk "Aku Sepasang Kasut"

Aku digunakan sebagai alas kaki. Aku dan kembarku dilahir kan di sebuah kilang yang membuat kasut. Namaku Spark. Aku amat berguna kepada manusia untuk melindungi kaki mereka. Setelah dibunkus, aku dan rakan-rakanku di hantar ke kedai kasut di jual.

Satu hari, seorang anak lelaki datang bersama ibunya mengunjungi kedai yang menempatkan aku. Setelah puas membelek-belek, akhirnya kanak lelaki itu telah memilih aku sebagai teman barunya. Selepas membayar hargaku, aku pun di bawa pulang ke rumah

Di rumah, kanak lelaki itu menggayakan aku di hadapan ibu bapanya. Pada keesokan harinya dia memakai aku ke sekolah. Kawan-kawannya memuji kecanggihan diriku. Aku berasa bangga apabila mendengar pujian tersebut tetapi aku tidak mampu berkata-kata.

Kini sudah lebih setahun aku di gunakan. Aku semakin uzur, Aku sudah tidak dapat berkhidmat dengan tuanku. Namun aku berasa gembira kerana dapat berkhidmat dengannya walaupun dalam masa yang singkat. Bergitulah riwayatku sebagai kasut Spark.