Monday, June 8, 2009

kisah di kampungku

Hari itu saya dengan keluarga saya pergi ke kampung yang berada di terengganu. Saya sampai di situ pada pukul 12:00 AM. Jadi kita tak buat apa-apa lah selain main game. Masa kita nak tidur saya tak boleh tidur. Semua orang dah tidur saya pun naik atas tidur dengan mama. Keesokannya saya bangun tidur. Saya pergi panggil saudara saya yang tinggal di depan rumah atuk saya. Saya masuk rumah dia nampak dia sedang menonton television. Saya duduk di situ lama sikit kemudian mama saya panggil kemudian saya balik ke rumah atuk saya.

Tak lama saudara saya yang bernama Adi itu telah sampai di rumah atuk saya. Kita main-main sampai malam die kena balik keesokannya saya datang ke rumahnya dia tak ada di rumah. Saya bertanya kepada nenek saya kemana Adi pergi, nenek saya berkata dia pergi rumah atuk belah emaknya. Saya berasa bosan satu hari saya tidak buat apa selain menonton television. keesokan hari lagi saya datang ke rumah Adi tengok dia sedang menyiap pakai baju selepas mandi. Saya pun balik di rumah atuk sambil bermain PS2 kemudian dia sudah tiba di sebelah saya. Kita bermain bersama-sama. Malam pun dah tiba Adi kena balik. Saya sedang menemani mama saya yang sedang solat pintu bilik saya ter bukak saya pandang di luar pintu saya ternampak seekor lipan sepanjang 1 kaki. saya cepat-cepat beri tahu kepada mama saya tetapi mama saya ingat kan saya berbohong mama saya pandang ke arah muka saya mama saya nampak muka saya pucat kemudian mama saya intai di luar bilik ter nampak lipan itu lalu menuju ke tangga mama saya cepat-cepat panggil ayah saudara "A.K ada lipan besar cepat ambik penyapu!!!" saya menggelabah saya cepat-cepat naik atas katil. Ayah saudara saya ambil spray lipas dengan sebatang penyapu kemudian dia spray lipan itu. Lipan itu goyang-goyang ayah saudara saya ketuk lipan itu skali dua kali tapi dia masih gerak kemudian pukul beribu kali terus lipan terdiam menandakan lipan itu sudah mati. Abang saya mengambil senaskah majalah dengan batang penyapu kemudian letakkan lipan itu di atas majalah itu.

Abang saya bawa lipan itu di seunggun api . Abang saya bakar lipan itu kemudian saya tidur seperti biasa. Keesokannya nenek saya satu kenduri saya dengan Adi dudk di depan rumah atuk saya sambil cerita tentang perempuan tiba-tiba mama saya tiba didepan saya saya lihat muka mama saya pucat sahaje. Mama saya berkata "Cepat Syazli panggil daddy, ada lipan besar lagi lalu bawah kaki abang awak!" kemudian saya cepat-cepat lari menuju ke arah daddy saya yang sedang bercakap dengan kawannya tiba-tiba saya datang sambil berkata "Dad ada lipan besar cepat dad mama panggil" kemudian daddy saya naik dengan saya. Daddy saya cepat-cepat ambik batang kayu yang terletak di sebelah toilet kemudian tahan badan lipan itu kemudian daddy cakap " Cepat Syazli pergi kat bilik mama ambik gunting" saya pun cakap "ok" saya lari pergi ke arah bilik dan ambik gunting dan kasi daddy. Dia potong tempat penyengat lipan itu. Daddy buang dekat tempat yang sama dengan abang saya buang lipan itu malam yang lepas. Malam dah tiba, kali ini semua dah tidur kecuali adik saya dengan saya jer. Kami masuk ke bilik mak saudara saya rupa-rupanya dia belum tidur kemudian kita tidur di situ. Keesokannya kita balik. Begitulah kisah di kampungku.