Sunday, February 28, 2010

karangan saya yang bertajuk "Berkunjung ke pameran kraf tangan"

Pada hari Ahad yang lalu, saya telah berpeluang mengunjungi pameran kraf tangan yang diadakan di dewan orang ramai di taman perumahan tempat tinggal saya. Saya pergi ke pameran itu bersama-sama dengan ibu saya.

Di situ saya nampak banyak gerai. Ada gerai pameran gubahan bunga, gerai pameran gubahan pengantin dan gerai kraf tangan dari pada buloh,rotan,tempurung,lidi,kayu dan mengkuang.

Mula-mula saya dan ibu berjalan menuju ke gerai kraf tangan yang terdiri daripada barangan mengkuang. Saya sungguh kagum melihat anyaman beg mengkuang yang begitu halus buatannya. Walaupun proses membuatnya sungguh rumit. Ibu saya membeli sebuah bakul mengkuang yang besar dan bertutup.

Kami terus berjalan dari satu gerai ke satu gerai yang lain. Kami singgah di gerai yang dipamirkan barangan dari buloh. Di situ terdapat kraf tangan yang sungguh unik, iaitu sumpit buloh bekas tangan orang asli. Saya lihat ibu membelek-beleknya. Saya kagum melihat bekas tangan orang asli yang sungguh kemas buatannya.

Selepas itu, saya dan ibu beredar ke tempat kraf tangan daripada tempurung . Sungguh cantik kraf tangan yang dipamirkan di situ. Saya nampak pelbagai kraf tangan seperti bunga hiasan,raplika burung merak,butang baju dari hiasan wanita. Saya amat tertarik melihat raplika burung merak yang amat cantik itu. Saya meminta ibu membelikan saya hiasan dinding tersebut. Ibu bersetuju.

Setelah melihat segala kraf tangan yang dipamerkan di situ, saya dan ibu pun berjalan pulang. Saya menolong ibu menjinjing beg plastik yang berisi barangan kraf tangan yang dibeli oleh ibu. Saya berasa amat gembira kerana itulah kali pertama saya mengunjungi pameran kraf tangan seperti itu. Tambahan pula, ibu membelikan saya kraf tangan yang disukai.