kepenatan yang teramat
Minggu depan sekolah saya ada kan merentas desa. Saya sudah pun berlatih sepenuhnya (walaupun saya nih semput) kerana mahu kan pingat yang shiny tu tahun lepas saya dah menang tempat ke 26/30 hebat kan. Tetapi kali ini saya akan dapat nombor 1 kerana saya dah yakin dan tahun lepas saya terseliuh semasa larian merentas desa itu. Tiba-tiba kawan saya tiba di sebelah saya kemudian dia pecut saya dengan cepat. Saya pun bengang saya pun pecut dia balik dengan tidak merasa sakit atau penat. Bila sampai ke garisan tamat saya baru rasa penat hinga saya terpingsan dalam beberapa minit. Semasa saya sedang pingsan kawan saya dan cikgu saya menghantar saya ke bilik pesakit kemudian saya pun terjaga saya bangun-bangun lihat semua kawan saya dengan cikgu saya sedang melihat saya. Tiba-tiba mak saya muncul di tepi saya. Ibu saya sedang menelefon ayah saya yang berada di kerjanya. Ibu saya beritahu kepada saya lain kali kalau nak lari pakai kasut sukan dengan semasa lari tu bawa lah air sekali. Dengan saya berharap awak semua doa kan lah saya kalau boleh masa penyampain hadiah tu datang lah skali......